Tentang Meatech Creative Academy

Meatech Creative Academy merupakan sebuah institusi latihan kemahiran swasta dengan aspirasi untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi melalui penyediaan latihan berkualiti kepada individu yang berusaha untuk kecemerlangan kemahiran.

Pengalaman

Dengan pengalaman dari tahun 2002 dalam menyediakan latihan kemahiran kepada lepasan SPM, MEATECH adalah Institusi Latihan Kemahiran Swasta berdasarkan latihan teknikal. MEATECH telah membuktikan bahawa latihan teknikal berdasarkan 70 % praktikal dan teori 30% telah membawa kepada pengetahuan dan kemahiran yang komprehensif. MEATECH lebih tertumpu kepada kursus-kursus yang berkaitan untuk memenuhi permintaan pasaran semasa dan masa depan dengan memberi penekanan dalam bidang Senireka Grafik dan Media Kreatif. MEATECH merupakan pusat kecemerlangan yang menyediakan platform kepada pelajar untuk bersaing di peringkat global.

Meatech sering mendapat kepercayaan dari pihak agensi kerajaan dan kerajaan negeri bagi mengendalikan program tajaan latihan kepada golongan khusus bagi mencapai objektif dan KPI agensi dan kerajaan.

Untuk memastikan bahawa kaedah dan modul pembelajaran dan latihan kepada pelajar adalah lebih berkesan dan pelajar memperolehi persijilan yang diiktiraf, MEATECH telah menjalinkan hubungan kerjasama strategik dengan agensi kerajaan yang berkaitan iaitu Perbadanan Kemajuan Multimedia (Malaysia Digital Economy Corporation) MDEC dan MIMOS Berhad.

MDEC & mimos

Program - Program di Meatech Creative Academy

Program –program yang ditawarkan di Meatech telah mendapat pentauliahan penuh oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Hakcipta Terpelihara © Meatech Creative Academy (L02139).