Pendaftaran kemasukan ke Meatech Creative Academy boleh dilakukan dengan menggunakan beberapa kaedah yang mudah seperti berikut;
Pendaftaran Secara Offline
Calon dikehendaki untuk mengisi borang yang yang dicetak dengan lengkap dan menghantar semula secara pos kepada pihak kolej. beberapa dokumen sokongan perlu dilampirkan bagi proses pendaftaran, antaranya adalah:
- Transkrip keputusan peperiksaan SPM/SPMV
- 2 keping gambar calon berwarna berukuran passport. (2″x1.5″)
- 2 salinan kad pengenalan calon dan ibu bapa atau penjaga.
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan / diposkan ke alamat berikut:
Meatech Creative Academy
No 21-g, Jalan Reko Sentral 2,
Reko Sentral, 43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
Borang Permohonan Online
Isikan borang di bawah dan kami akan menghubungi anda semula dalam masa 48 jam.
Hadirkan Diri (Walk-in)
Calon boleh datang ke pusat latihan kami dan bercakap terus dengan petugas bahagian pengambilan pelajar Meatech Creative Academy.
Sila bawa bersama sijil-sijil keputusan peperiksaan serta dokumen peribadi yang berkaitan.
Klik untuk lokasi
Meatech Creative Academy
Permohonan yang telah lengkap dihantar akan diproses dan calon yang berjaya dan layak akan menerima surat tawaran dalam masa 14 hari dari tarikh pemprosesan. Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan lanjut.